Protes sasar Kedutaan AS di Iraq dan Pakistan

BAGHDAD - Ratusan penunjuk perasaan cuba menyerbu Zon Hijau di Baghdad yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada pagi Ahad.
Kumpulan itu bertindak agresif selepas kemaraan mereka dihalang pasukan keselamatan yang menembak gas pemedih mata.
Rakaman video tular di media sosial menunjukkan beberapa peserta protes melempar batu ke arah anggota keselamatan sewaktu konfrontasi tercetus.
Sebagai simbol solidariti dengan Iran, pemerintah Iraq turut mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari untuk mengenang Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang gugur syahid.
Di Pakistan, hampir 10 demonstran terkorban selepas pertempuran ganas tercetus bersama pasukan keselamatan ketika mereka cuba menyerbu Konsulat AS di bandar Karachi sebagai membantah pembunuhan Ali Khamenei.
Menurut pihak berkuasa, kumpulan protes itu hanya sempat memasuki kawasan penjuru luar kawasan konsulat berkenaan sebelum disuraikan. - Agensi
Ringkasan AI
- Ratusan penunjuk perasaan cuba menyerbu Zon Hijau di Baghdad untuk menyerang Kedutaan AS
- Penunjuk perasaan berkelakuan agresif dan disambut dengan tembakan gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan
- Beberapa peserta protes melempar batu kepada anggota keselamatan
- Pemerintah Iraq mengumumkan tempoh berkabung tiga hari untuk mengenang Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei
- Hampir 10 demonstran di Pakistan terkorban ketika cuba menyerbu Konsulat AS di Karachi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

