Kedengaran letupan di Teheran susulan serangan udara baharu Israel


Tentera Israel pada Ahad mengumumkan pelancaran gelombang serangan baharu yang menyasarkan beberapa lokasi di Tehran. Foto Agensi
Tentera Israel pada Ahad mengumumkan pelancaran gelombang serangan baharu yang menyasarkan beberapa lokasi di Tehran. Foto Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Tentera Israel pada Ahad mengumumkan pelancaran gelombang serangan baharu yang menyasarkan beberapa lokasi di Teheran, manakala media Iran melaporkan beberapa letupan berlaku di utara ibu negara itu.

Menurut kenyataan tentera, serangan itu dilakukan oleh tentera udara dengan "panduan perisikan tentera" terhadap sasaran yang dikaitkan dengan "rejim Iran," lapor  Anadolu Ajansi.

Agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim, melaporkan beberapa letupan berlaku di utara Tehran.

Sementara itu, agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan bunyi letupan kuat yang berpunca daripada serangan peluru berpandu dan udara kedengaran di beberapa kawasan termasuk Seyed Khandan, persimpangan Qasr, Dataran Vanak, dan Jalan Motahari. - Bernama-Anadolu

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tentera Israel mengumumkan pelancaran gelombang serangan baharu terhadap Teheran
  • Serangan itu dilakukan oleh tentera udara berdasarkan panduan perisikan tentera
  • Sasaran serangan adalah lokasi yang dikaitkan dengan rejim Iran
  • Media Iran melaporkan beberapa letupan berlaku di utara ibu negara Tehran
  • Letupan kuat akibat serangan peluru berpandu dan udara berlaku di beberapa kawasan termasuk Seyed Khandan dan Dataran Vanak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!