17 maut dalam letupan di kilang pembuatan bahan letupan di India

Lokasi letupan itu ialah di kilang SBL Energy Limited yang terletak di kampung Raulgaon, 45 kilometer dari Nagpur. Foto X
Lokasi letupan itu ialah di kilang SBL Energy Limited yang terletak di kampung Raulgaon, 45 kilometer dari Nagpur. Foto X
A
A
A

NEW DELHI - Seramai 17 orang maut manakala 18 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang yang menghasilkan bahan letupan industri di negeri Maharashtra, barat India pada Ahad.

Ramai daripada mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, menurut media tempatan.

Lokasi letupan itu ialah kilang SBL Energy Limited yang terletak di kampung Raulgaon, 45 kilometer dari Nagpur.

Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkan bayaran ex gratia sebanyak 200,000 rupee (RM8,552) kepada waris terdekat setiap mangsa yang terkorban daripada Tabung Bantuan Nasional Perdana Menteri (PMNRF).

Letupan di Maharashtra itu berlaku selepas 21 orang maut dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di kampung Vetlapalem, daerah Kakinada, negeri Andhra Pradesh pada Sabtu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 17 orang maut manakala 18 lagi cedera dalam satu letupan di kilang bahan letupan industri di Maharashtra, India
  • Ramai mangsa cedera dalam keadaan kritikal
  • Lokasi letupan kilang SBL Energy Limited di kampung Raulgaon, 45 kilometer dari Nagpur
  • Perdana Menteri Narendra Modi umum bayaran ex gratia sebanyak 200,000 rupee kepada waris mangsa
  • Letupan di Maharashtra berlaku sehari selepas letupan di kilang mercun di Andhra Pradesh yang membunuh 21 orang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!