Serangan udara Iran sebabkan Menteri Pertahanan Itali terkandas di Dubai

Guido Crosetto - Foto: Reuters
Guido Crosetto - Foto: Reuters
A
A
A

ROME- Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto terkandas di Dubai bersama keluarganya pada Sabtu, susulan serangan meluas oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran serta tindakan balas yang menyebabkan penutupan ruang udara dan pembatalan penerbangan di seluruh Timur Tengah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli politik parti sayap kanan Brothers of Italy itu tidak dapat pulang seperti dirancang kerana banyak syarikat penerbangan telah menggantung penerbangan di rantau berkenaan. Sumber berkata Crosetto baru sahaja berlepas ke Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, yang juga anggota Brothers of Italy, mengadakan beberapa mesyuarat krisis di Rome pada Sabtu susulan peningkatan ketenteraan itu. Crosetto menyertai mesyuarat berkenaan secara dalam talian.

Tidak dapat dipastikan bila menteri pertahanan itu akan dapat kembali ke tanah air.

Peningkatan ketenteraan itu menyebabkan kira-kira 100,000 rakyat Israel terkandas di luar negara, lapor penyiar Channel 12 negara itu. Ruang udara Israel ditutup kepada penerbangan awam sehingga diberitahu kelak susulan serangan balas Iran.

Penyiar itu turut melaporkan bahawa puluhan penumpang Israel terkandas di Arab Saudi, apabila mereka terpaksa melakukan pendaratan cemas dalam perjalanan ke UAE. Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Arab Saudi.

Channel 12 melaporkan rakyat Israel itu masih berada di dalam pesawat mereka. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto terkandas di Dubai bersama keluarganya susulan serangan meluas oleh AS dan Israel ke atas Iran
  • Banyak syarikat penerbangan telah menggantung penerbangan di Timur Tengah
  • Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni mengadakan mesyuarat krisis susulan peningkatan ketenteraan
  • Kira-kira 100,000 rakyat Israel terkandas di luar negara karena ruang udara Israel ditutup
  • Puluhan penumpang Israel terkandas di Arab Saudi setelah pendaratan cemas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!