Tentera Israel halang solat Isyak, tarawih di Masjid Al-Aqsa

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki -Foto: CANVA
Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki -Foto: CANVA
A
A
A

BAITULMAQDIS - Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu menghalang jemaah daripada menunaikan solat isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).

Rakaman video yang dikeluarkan oleh Pejabat Gabenor Baitulmaqdis menunjukkan pekarangan masjid kosong tanpa jemaah pada malam Sabtu. Pasukan Israel sebelum itu telah menutup tapak berkenaan pada waktu pagi dan memaksa jemaah supaya beredar.

Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Gabenor melaporkan bahawa pasukan Israel menutup beberapa pusat pemeriksaan tentera di sekitar Baitulmaqdis dan memperketat sekatan di pintu masuk serta laluan keluar bandar tersebut.

Pejabat Gabenor menyatakan bahawa langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada sekatan berterusan yang dikenakan terhadap pergerakan rakyat Palestin di dalam dan di sekitar bandar itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasukan pendudukan Israel menghalang jemaah daripada menunaikan solat isyak dan tarawih di Masjid Al-Aqsa
  • Pekarangan masjid kosong tanpa jemaah pada malam Sabtu setelah dihalang oleh pasukan Israel
  • Israel telah menutup tapak tersebut pada waktu pagi dan memaksa jemaah supaya beredar
  • Pasukan Israel juga menutup beberapa pusat pemeriksaan tentera di sekitar Baitulmaqdis
  • Langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada sekatan berterusan terhadap pergerakan rakyat Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!