Presiden Iran, 2 pegawai pimpin peralihan kuasa sementara selepas kematian Khamenei

Masoud Pezeshkian
Masoud Pezeshkian
A
A
A

RABAT - Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Ketua Kehakiman dan seorang ahli Majlis Penjaga Perlembagaan akan memimpin negara secara sementara selepas kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Menurut Agensi Berita Rusia (TASS), yang memetik Agensi Berita Republik Islam (IRNA), mereka akan memimpin negara sepanjang tempoh peralihan kuasa.

Sebelum ini, IRNA melaporkan bahawa Khamenei telah terbunuh susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Beliau telah syahid selepas serangan pada pagi Sabtu, menurut laporan itu. - BernamaIran, Masoud Pezeshkian, Ali Khamenei

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Iran Masoud Pezeshkian bersama Ketua Kehakiman dan ahli Majlis Penjaga Perlembagaan akan memimpin negara secara sementara
  • Ini berlaku selepas kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei
  • Mereka akan bertugas sepanjang tempoh peralihan kuasa
  • Khamenei terbunuh susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat
  • Beliau syahid selepas serangan pada pagi Sabtu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!