X

Kindly register in order to view this article
!

Melaka umum senarai ketua jabatan baharu

Sulaiman
A
A

MELAKA - Melaka mengumumkan rombakan besar-besaran ketua jabatan di negeri ini selepas kejayaan pembentukan kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) Mac lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, pelantikan itu menyaksikan sebahagian besar daripada mereka dilantik semula ke jawatan yang pernah disandang sebelum ini.

Menurutnya, mereka yang dilantik semula termasuk Datuk Zainal Abu sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Fadhil Hassan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datin Sapiah Haron (YDP Majlis Perbandaran Jasin) dan Shadan Othman (YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya).

Bagi ketua Badan Berkanun Negeri, Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridhwan Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) manakala Mohd Nasruddin Rahman kekal sebagai Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

"Datuk Azmi Hussain dilantik semula sebagai CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sementara bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah dilantik sebagai CEO Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Perbadanan Bioteknologi Melaka.

"Pengalaman mereka membangunkan sesebuah jabatan serta agensi itu akan digunakan menerusi pelantikan semula mereka ke jawatan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Mohd Salleh Hamidom dilantik Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Datuk Yusof Jantan (Pengurus Besar Yayasan Melaka), Muhammad Ikram Ibrahim (Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka),

Abd Rashid Abd Rahman dilantik sebagai CEO Syarikat Air Melaka Berhad selain mengekalkan Abu Bakar Jani sebagai Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn Bhd.

Kerajaan negeri turut melantik bekas Pengurus Besar Dunia Melayu Dunia Islam, Datuk Abu Bakar Abdul sebagai Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd manakala Datuk Ariff Shah Abdullah Sani dilantik semula sebagai CEO Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Sementara, Datuk Mashitah Ismail kekal Pengurus Besar Amanah Finance House Berhad, Profesor Datuk Dr Mohd Taib Dora (Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka), Amir Ali (CEO Melaka Halal Hub Sdn Bhd), Muhammad Muhaimin Low Abdullah (CEO Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd), Datuk Ibrahim Fadzil (CEO Pusat Zakat Melaka) dan Ainshah Othman (Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd).

Malah kerajaan negeri bersetuju Fasarul Md Isa dilantik sebagai Pengurus Besar Pusat Boling Antarabangsa Melaka, Datuk Salleh Md Dom (Pengurus Besar Pusat Transformasi Bandar), Nurman Mohd Baroldin (Pengurus Besar Institut Warisan Melaka), Khairulazni Baharuddin (Pengurus MAIM Bentara Sdn Bhd), Rahim Yunos (Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad) Rohazam Bakar (Pengurus MAIM Bentara Security Sdn Bhd) dan Shahfulrizal A Bakar (Pengurus MAIM Industries Sdn Bhd).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!