X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada banduan disahkan positif Covid-19

Gambar hiasan. Foto: 123RF
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan tiada banduan yang disahkan positif Covid-19 sejak pandemik itu menular di seluruh dunia.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, pihaknya akan sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah sewajarnya bagi mencegah wabak itu menular ke dalam penjara.

“Antara langkah yang telah diambil ialah setiap kakitangan yang bertugas perlu melepasi pemeriksaan kesihatan seperti memastikan suhu badan di bawah 38 darjah Celsius. Sekiranya melebihi paras itu mereka akan dirujuk kepada pegawai perubatan.

“Selain itu, pengurusan penjara turut menyediakan topeng muka serta hand sanitizer kepada kakitangan bertugas dan banduan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan banduan baharu akan dikuarantin bagi tujuan pemeriksaan kesihatan selain mengambil inisiatif dengan melakukan sanitasi di seluruh kawasan institusi penjara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!