Covid-19: Empat daerah di Selangor dalam zon merah

Empat daerah di Selangor dikategorikan dalam zon merah kes positif Covid-19 apabila merekod lebih 41 kes. - Foto 123RF
Empat daerah di Selangor dikategorikan dalam zon merah kes positif Covid-19 apabila merekod lebih 41 kes. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Empat daerah di Selangor dikategorikan dalam zon merah kes positif koronavirus (Covid-19) melebihi 41 kes termasuk Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak.

Justeru, Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan semua penduduk di daerah tersebut mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan disiplin yang tinggi.

Menurutnya, sehingga semalam, 22 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 726 kes positif Covid-19 dilaporkan di negeri ini.

Bagaimanapun, Selangor mencatatkan jumlah penurunan kes selama dua hari berturut-turut iaitu daripada 60 kes baharu pada Isnin kepada 32 kes baharu pada Selasa lalu.

“STFC memandang serius situasi terkini penyakit Covid-19 di Selangor kerana merekod jumlah tertinggi dalam carta kes positif dalam negara.

“Statistik ini sejajar dengan faktor kepadatan penduduk Selangor yang mewakili lebih 20 peratus populasi penduduk Malaysia,” katanya.

Sehingga semalam, 142 kes baharu dilaporkan dalam negara menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,908 kes dengan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 45 kes.

Artikel Berkaitan: