Wajib kuarantin individu masuk Malaysia di semua laluan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perintah kuarantin yang diwajibkan ke atas rakyat Malaysia dan warga asing yang memasuki Malaysia mulai hari ini melibatkan semua laluan termasuk sempadan Sarawak dan Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah itu melibatkan laluan udara, laut dan darat di seluruh Malaysia.

“Setiap rakyat kita (warganegara Malaysia) atau warganegara mana sekalipun yang memasuki negara kita akan dikuarantin sama ada melalui udara, laut ataupun darat.

“Bukan sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi di semua pintu masuk termasuk Johor Bahru, sebelah utara atau negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

“Setiap daripada mereka (yang memasuki negara hari ini) akan dikuarantinkan selama 14 hari. Jadi, kita sediakan bas untuk membawa mereka ke pusat kuarantin yang disediakan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga telah menubuhkan pasukan khas untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia dan warga asing yang ditempatkan di pusat kuarantin khas itu.

“Pasukan khas ini akan menjaga kebajikan rakyat kita yang dikuarantin termasuk mengendalikan makan, minum dan kemudahan lain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Artikel Berkaitan: