Kebakaran kilang getah: KPM teliti laporan kesan kebakaran terhadap 7 sekolah

MUAR – Kementerian Pendidikan Malaysia sedang meneliti laporan kesan kebakaran kilang getah di daerah Kulai yang menjelaskan 6,000 pelajar dari tujuh buah sekolah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata laporan awal berhubung kejadian itu telah diterima, dengan kesemua sekolah terlibat kini melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Secara keseluruhannya, kita telah menerima laporan awal mengenai kejadian tersebut.
“Ketika ini, tujuh sekolah yang terlibat sedang menjalankan PdPR dan laporan berkaitan insiden kebakaran serta kesannya sedang diteliti untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Program Jaulah Ramadan Menteri Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad, di sini, pada Khamis.
Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sengkang iaitu seramai 153 murid dan 16 guru; SJKC Kulai Besar (1,345 murid, 71 guru); Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Kulai (1,191 murid, 77 guru); SK Taman Kota Kulai 2 (1,210 murid, 82 guru); Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Kulai (1,020 murid, 71 guru); SMK Taman Putri (1,128 murid, 91 guru) serta Sekolah Agama Taman Kota Kulai.
Selain itu, seramai 80 pelajar dilaporkan mengalami gejala ringan susulan kebakaran sebuah kilang getah berkenaan.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia sedang meneliti laporan kesan kebakaran kilang getah di Kulai yang melibatkan 6,000 pelajar dari tujuh buah sekolah
- Laporan awal tentang kejadian sudah diterima dan semua sekolah terlibat kini menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
- Kejadian itu melibatkan sekolah-sekolah seperti SJKC Sengkang, SJKC Kulai Besar, SK Taman Kota Kulai, SK Taman Kota Kulai 2, SMK Taman Kota Kulai, SMK Taman Putri dan Sekolah Agama Taman Kota Kulai
- Sebanyak 80 pelajar mengalami gejala ringan susulan kebakaran itu
- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan perkembangan ini pada sidang akhbar Program Jaulah Ramadan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

