Kebakaran di Raub: Sultan Pahang, Tengku Ampuan dukacita dan zahirkan takziah

Ucapan takziah daripada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kepada waris keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub.
Ucapan takziah daripada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kepada waris keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan takziah kepada waris lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub awal pagi Khamis.

Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua amat dukacita atas kejadian tersebut.

"Berharap agar seluruh ahli keluarga kesemua mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir ALLAH SWT.

"Baginda berdua turut mendoakan agar roh kesemua mangsa yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan yang mulia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba ALLAH yang dikasihi," menurut hantaran itu pada Khamis.

Kebakaran pada kira-kira jam 3.40 pagi itu meragut nyawa Mohd Alawi Muhammad, 56, dan isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka iaitu Ruby Adira Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14; dan Ruby Azyan Barizah, 10.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Tunku Azizah menyampaikan takziah atas tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub
  • Baginda berdua amat dukacita atas kejadian tersebut
  • Berharap keluarga mangsa diberi ketabahan
  • Mendoakan roh mangsa ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang dikasihi
  • Kebakaran meragut nyawa Mohd Alawi Muhammad, Zaleha Adam @ Ibrahim dan tiga anak mereka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!