X

Kindly register in order to view this article
!

Penganjuran Bazar Ramadan belum diputuskan: Ismail Sabri

Ismail Sabri
A
A

PUTRAJAYA – Kerajaan belum memutuskan sama ada penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara akan diteruskan atau sebaliknya susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa khas menteri juga belum membincangkan secara formal berhubung perkara itu.

“Masih terlalu awal untuk kita membincangkan perkara tersebut. Kita berterima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengemukakan cadangan.

“Kita lihat secara terperinci buruk baiknya kepada masyarakat terutama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, semua keputusan yang akan dibuat perlu merujuk KKM terlebih dahulu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus