Maut dihempap pengorek jengkaut

Seorang lelaki maut dipercayai dihempap 'bucket' jengkaut semasa melakukan kerja-kerja pembinaan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Selasa.
Seorang lelaki maut dipercayai dihempap 'bucket' jengkaut semasa melakukan kerja-kerja pembinaan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Selasa.
A
A
A

TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut dipercayai dihempap bahagian pengorek atau 'bucket' jengkaut semasa melakukan kerja-kerja pembinaan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, mangsa, Ahmad Azwan Muhamed, 31, meninggal di lokasi kejadian.

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah menerima panggilan kecemasan pada jam lebih kurang 1.40 petang berhubung kes kematian seorang lelaki di kawasan tapak pembinaan longkang.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian berlaku, mangsa sedang menjalankan kerja pemasangan longkang di kawasan tepi jalan menghala ke Pantai Geting," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau,sebuah jengkaut yang dikendalikan oleh rakan sekerja mangsa dipercayai tergelincir dan bahagian 'bucket' jentera tersebut telah menghempap lelaki berkenaan.

Ujarnya, pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

Mohd Khairi memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat bagi tujuan bedah siasat dan laporan perubatan mengesahkan punca kematian adalah didakwa mengalami kecederaan akibat pembinaan dengan kecederaan intraabdomen yang teruk serta lebam paru-paru kiri.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD

Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dihempap 'bucket' jengkaut semasa kerja pembinaan di Tumpat
  • Lelaki berusia 31 tahun itu meninggal di lokasi kejadian
  • Jengkaut yang dikendalikan oleh rakan sekerja tergelincir menyebabkan kematian
  • Tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut
  • Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat, punca kematian akibat kecederaan pembinaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!