Lelaki maut pokok hempap jengkaut

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa. Gambar kecil:Khairul Azhar
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa. Gambar kecil:Khairul Azhar
A
A
A

PONTIAN – Seorang lelaki maut selepas tersepit apabila sebuah pokok tumbang dan menghempap jengkaut ketika melakukan kerja pembersihan kebun di Jalan Muafakat 2, Serkat di sini pada Isnin.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Khairul Azhar Mat Saad, 27 tahun sedang mengendalikan jentera berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan II Haswani Azizi Yaacob berkata, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi sejurus selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 11.29 pagi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati mangsa tersepit selepas pokok setinggi 30 kaki tumbang menimpa jentera jenis jengkaut.

"Operasi menyelamat dijalankan menggunakan 'stretcher' sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 12.52 tengah hari, tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!