Anak Beserah ikuti pengajian perubatan di universiti terkemuka Rusia pada usia 17 tahun

Iskandar Warid bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Iskandar Warid bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
A
A
A

KUANTAN- Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, di sini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Rusia pada usia 17 tahun.

Iskandar Warid Mohd Nazrul Izad ditawarkan tempat di universiti itu selepas memohon menggunakan keputusan percubaan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (ICGSE UK) yang didudukinya tahun lalu.

Bapanya, Datuk Seri Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad berkata, kejayaan anak keempatnya itu amat membanggakan apabila berjaya melanjutkan pengajian di luar negara pada usia yang begitu muda.

"Ketika rakan seusianya bertungkus-lumus untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia sudah mengikuti pengajian di universiti luar negara.

"Dia akan berangkat esok (Rabu) dan akan pulang semula Disember depan untuk menduduki peperiksaan SPM," kata ahli perniagaaan ini ketika dihubungi pada Selasa.

Mohd Nazrul Izad berkata, potensi anaknya itu dikesan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan pelbagai anugerah kecemerlangan diterima sepanjang berada di MRSM.

"Siapa sangka anak Beserah ini mampu terbang jauh untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor dan ahli politik suatu hari nanti

"Dia akan mengambil mengikuti pengajian selama tujuh tahun untuk menjadi seorang doktor dan boleh memilih untuk menjalani latihan kedoktoran di hospital luar negara atau di negara ini," katanya.

Sementara itu, Iskandar Warid berjanji akan menggunakan sebaik mungkin peluang keemasan ditawarkan melanjutkan pengajian di universiti perubatan awam terkemuka di Rusia itu.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH, saya akan belajar bersungguh sungguh demi mencapai cita cita menjadi seorang doktor pakar kanser suatu hari nanti.

"Saya sendiri terkesan apabila datuk kesayangan meninggal dunia akibat kanser paru-paru.Sebab itu saya berhasrat untuk menjadi seorang pakar kanser," ujarnya.

Remaja bercita-cita besar ini juga menaruh harapan untuk melakukan kajian bagi mencari kaedah rawatan kanser yang berkesan dan lebih murah.

Ringkasan AI

  • Anak Beserah melanjutkan pengajian bidang perubatan di universiti terkemuka Rusia pada usia 17 tahun
  • Diterima menggunakan keputusan percubaan ICGSE UK
  • Berhasrat menjadi doktor dan ahli politik, mengikuti pengajian selama tujuh tahun
  • Terinspirasi keinginan menjadi doktor pakar kanser kerana pengalaman keluarga
  • Bercita-cita melakukan kajian untuk rawatan kanser yang berkesan dan lebih murah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!