Eizlan Yusof timang anak kelima pada usia 54 tahun

Eizlan Yusof selamat menyambut kelahiran anak kelimanya.
Eizlan Yusof selamat menyambut kelahiran anak kelimanya.
A
A
A

PELAKON dan penerbit terkenal, Datuk Eizlan Yusof selamat menyambut kelahiran anak kelimanya, sekali gus menambah seri dalam rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta.

Berita gembira itu dikongsikan Eizlan, 54, di laman sosial Instagram sekali gus menzahirkan rasa kesyukuran atas pengorbanan isterinya, Datin Sasha Boudville dalam melahirkan zuriat mereka.

Menerusi perkongsian berkenaan, Eizlan turut memuat naik kapsyen penuh emosi sebagai tanda syukur atas anugerah tidak ternilai itu.

“Assalamualaikum Zareen Rosa. Alhamdulillah & syukur to ALLAH SWT atas segala limpah kurnia-NYA.

"Thank you yayang @sashaboudville,” tulisnya ringkas namun sarat makna.

Perkongsian itu pantas dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada rakan selebriti dan peminat yang tumpang gembira dengan kehadiran ahli baharu dalam keluarga Eizlan.

Untuk rekod, Eizlan dan Sasha mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang puteri Zaelynn Rosa yang kini berusia lima tahun.

Sebelum itu, Eizlan memiliki tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Vie Shantie Haroon Khan. - Sinarplus 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Datuk Eizlan Yusof menyambut kelahiran anak kelimanya
  • Isterinya adalah Datin Sasha Boudville
  • Eizlan menyampaikan kesyukuran atas anugerah kelahiran anak di laman sosial Instagram
  • Mereka telah menikah pada tahun 2019 dan mempunyai seorang puteri bernama Zaelynn Rosa
  • Eizlan juga mempunyai tiga anak dari perkahwinan terdahulu dengan Vie Shantie Haroon Khan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!