Pendakwaan tidak bantah permohonan lepas bebas Ahmad Zahid

Ahmad Zahid beredar selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa tidak membuat keputusan berhubung permohonannya supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Ahmad Zahid beredar selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa tidak membuat keputusan berhubung permohonannya supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa supaya dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Semasa prosiding, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad berkata, afidavit jawapan pendakwaan terhadap permohonan Presiden UMNO berusia 73 tahun itu juga tidak memfailkan kepada mahkamah.

“Tiada bantahan terhadap permohonan pemohon (Ahmad Zahid) terhadap perintah DNA ini dan saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Mengenai bantahan Badan Peguam Negara terhadap permohonan DNA, kami hanya dimaklumkan mengenai perkara itu pagi ini,” katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan
  • Ahmad Zahid merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang berusia 73 tahun
  • Pertuduhan melibatkan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi
  • Datuk Badius Zaman Ahmad menyatakan tiada bantahan terhadap permohonan DNA
  • Badan Peguam Negara memiliki bantahan terhadap permohonan DNA yang baru dimaklumkan pada pagi prosiding

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!