Permohonan pembebasan kes Ahmad Zahid: Mahkamah belum buat keputusan

Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik hadir mewakili Ahmad Zahid, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa bagi pendengaran permohonan supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Foto ROSLI TALIB

A
A
A

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa memberitahu, tiada keputusan dibuat berhubung permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Semasa prosiding, Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor berkata, mahkamah tidak membuat sebarang keputusan sehingga keputusan Mahkamah Rayuan mengenai permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman didengar.

Ia mengenai permohonan Majlis Peguam yang memohon untuk mengemukakan bukti baharu bagi mencabar keputusan peguam negara (AG) yang menghentikan prosiding kes rasuah Yayasan Akalbudi terhadap Presiden UMNO itu.

Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik hadir mewakili Ahmad Zahid, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa bagi pendengaran permohonan supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Foto ROSLI TALIB
Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik hadir mewakili Ahmad Zahid, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa bagi pendengaran permohonan supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Foto ROSLI TALIB

Menurutnya, ini kerana, sebarang keputusan Mahkamah Rayuan kelak, akan mengikat keputusan kes berkenaan sekali gus Mahkamah Tinggi tidak bertanggungjawab untuk merampas kuasa mahkamah atasan.

Selain itu beliau berkata, persoalan isu berkepentingan awam yang memerlukan penentuan oleh mahkamah yang lebih tinggi.

“Justeru, mahkamah tidak membuat keputusan lagi walaupun pihak pendakwaan telah memberikan petunjuk bahawa mereka tidak membantahnya mengenai permohonan Ahmad Zahid.

“Kami akan menunggu keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman Badan Peguam, pada 8 April depan.

Artikel Berkaitan:

“Jika mahkamah ini membuat keputusan berhubung permohonan Ahmad Zahid, maka permohonan kebenaran Badan Peguam, akan menjadi akademik seterusnya, panel Mahkamah Rayuan mungkin tidak perlu mendengarnya lagi,” katanya.

Beliau kemudiannya menetapkan 24 April depan untuk pendengaran permohonan Ahmad Zahid supaya diberi perintah DNA atas 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Pada Selasa, prosiding ini bermula dengan peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Presiden UMNO berusia 73 tahun berkenaan, berhujah terhadap permohonan badan peguam.

Ia diteruskan dengan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad yang memberitahu, pihaknya tidak memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Ahmad Zahid.

"Saya hanya terima arahan untuk hadir hari ini bagi maklumkan tiada bantahan terhadap permohonan pemohon," katanya.

Mahkamah kemudian memberi peluang kepada peguam, Collin Arvind Andrew yang mewakili Badan Peguam, untuk berhujah mengenai bantahan terhadap permohonan Ahmad Zahid.

Ringkasan AI

  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur belum membuat keputusan berkaitan permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepas dari 47 pertuduhan
  • Mahkamah menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan permohonan Majlis Peguam untuk mengemukakan bukti baharu
  • Keputusan Mahkamah Rayuan akan mengikat keputusan kes ini dan Mahkamah Tinggi tidak bertanggungjawab merampas kuasa mahkamah atasan
  • Pihak pendakwaan telah memberikan petunjuk tidak membantah permohonan Ahmad Zahid
  • Pendengaran seterusnya dijadualkan pada 24 April untuk permohonan Ahmad Zahid mendapat perintah DNA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!