Hujan lebat, angin kencang di Sabah hingga 4 petang

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda banyak kawasan di Sabah hingga jam 4 petang ini. Gambar hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda banyak kawasan di Sabah hingga jam 4 petang ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda banyak kawasan di Sabah hingga jam 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 11.40 pagi ini memaklumkan kawasan yang diramal terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!