PBT laksana operasi nyah cemar di Kuala Pilah

Petugas pembersihan ketika santiasi di hadapan sebuah pasar raya di Kuala Pilah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Petugas pembersihan ketika santiasi di hadapan sebuah pasar raya di Kuala Pilah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
A
A
A

KUALA PILAH - Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) melaksanakan operasi nyah cemar di pekan Kuala Pilah di sini semalam bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Yang Dipertua MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, walaupun kes positif Covid-19 di daerah ini boleh dikategorikan rendah namun pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

"Setakat ini kes positif Covid-19 yang direkodkan adalah daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dan satu kes yang mempunyai rekod pulang dari luar negara, namun seorang pesakit dibenarkan pulang.

"Sungguhpun begitu, kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa kerana penularan wabak ini berlaku begitu cepat dan operasi ini juga akan dilakukan dalam skala besar dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui di Kuala Pilah semalam.

Walaupun kes positif Covid-19 di daerah ini boleh dikategorikan rendah namun pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga.
Walaupun kes positif Covid-19 di daerah ini boleh dikategorikan rendah namun pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mohd Faizal berkata, operasi nyah kuman membabitkan petugas dari Kementerian Kesihatan (KKM), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWcorp) dan MDKP.

“Antara lokasi yang diberi tumpuan adalah deretan bangunan kedai di pekan Kuala Pilah, pasar awam lama dan baharu, pasar ayam, gerai MDKP submarket, perhentian bas dan teksi serta gerai MDKP di Pilah Perdana.

“Semburan nyahkuman ini turut dilakukan di kepala paip, besi railing, tandas awam dan laluan pejalan kaki di kaki lima bangunan.

Artikel Berkaitan:

“Petugas dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dipantau oleh pegawai KKM,” katanya.

Menurutnya, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk terus duduk diam-diam di rumah bagi mengawal penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak.

Operasi nyah cemar yang bermula jam 5 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang melibatkan petugas seramai 30 orang.