Kuala Cola kini di 19 stesen 5Petrol seluruh Semenanjung

(Dari kiri) Pengurus Besar FIVE Petroleum Malaysia, Azlan Ya'akub; Pengerusi, Juhari Abdul Ghani; Pengarah Pembangunan Perniagaan Neatness Group Sdn Bhd, Datuk Suzana Zakaria; dan Pengarah Urusan Neatness Group, Dr Tham Ching Chuan meraikan pelancaran minuman Kuala Cola di FIVE Petrol KLIA Pit Stop, Sepang pada Selasa.
(Dari kiri) Pengurus Besar FIVE Petroleum Malaysia, Azlan Ya'akub; Pengerusi, Juhari Abdul Ghani; Pengarah Pembangunan Perniagaan Neatness Group Sdn Bhd, Datuk Suzana Zakaria; dan Pengarah Urusan Neatness Group, Dr Tham Ching Chuan meraikan pelancaran minuman Kuala Cola di FIVE Petrol KLIA Pit Stop, Sepang pada Selasa.
A
A
A

KUALA COLA jenama minuman cola tempatan di bawah Neatness Group Sdn. Bhd. memperluaskan pasaran apabila produknya kini boleh didapati di 19 stesen minyak 5Petrol di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pencapaian itu hasil kerjasama pengedaran dengan 5Petrol yang menjadi rangkaian stesen minyak pertama membuka peluang kepada Kuala Cola untuk menembusi saluran jualan berkenaan.

Perkembangan tersebut diraikan menerusi Majlis Pelancaran Rasmi Kuala Cola di 5Petrol KLIA Pit Stop, Sepang sekali gus menandakan peluasan kehadiran jenama itu dalam pasaran runcit.

Pemilihan 5Petrol KLIA Pit Stop sebagai lokasi pelancaran mempunyai nilai strategik kerana kedudukannya berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi antara titik persinggahan pengguna jalan raya, pengembara serta pelawat tempatan dan antarabangsa.

Bagi Kuala Cola, kehadiran di lokasi berkenaan bukan sahaja membuka peluang mendekati lebih ramai pengguna malah memperkenalkan jenama cola tempatan Malaysia kepada kelompok pengguna yang lebih pelbagai.

Menurut wakil Neatness Group Sdn. Bhd., peluang yang diberikan 5Petrol merupakan titik penting dalam perjalanan pengembangan Kuala Cola.

Ujarnya, setiap jenama memerlukan peluang pertama untuk membuktikan kemampuannya dan bagi Kuala Cola, 5Petrol merupakan rakan strategik yang membuka laluan untuk memasuki saluran pengedaran stesen minyak.

“Kami amat menghargai kepercayaan dan peluang yang diberikan. Apa yang bermula dengan satu kerjasama kini telah berkembang kepada 19 stesen di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Bagi kami, ini bukan sekadar angka atau pertambahan lokasi jualan. Ia merupakan bukti bahawa produk tempatan juga berhak mendapat ruang, peluang dan kepercayaan untuk berkembang dalam pasaran sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Kami berharap perkembangan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama strategik dan peluang pengedaran bersama rakan niaga lain pada masa hadapan,” katanya.

Kuala Cola mengangkat slogan “Tiga Rasa, Satu Malaysia” dengan tagline “Balance The Taste, Rasa Seimbang”, menerusi tiga variasi utama iaitu Original Cola, Zero Sugar dan Mix Cola.

Original Cola menawarkan rasa cola klasik, manakala Zero Sugar merupakan pilihan tanpa gula dan sifar kalori.

Sementara itu, Mix Cola menggabungkan cola dengan campuran Himalayan Salt yang memberikan karakter rasa tersendiri.

Neatness Group Sdn. Bhd. melihat kerjasama dengan 5Petrol sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memperkukuh kedudukan jenama, memperluaskan rangkaian pengedaran dan meningkatkan penerimaan pengguna terhadap produk minuman tempatan.

Syarikat juga berhasrat meneroka peluang perniagaan baharu serta membina kerjasama strategik dengan pemain industri runcit dan pengedaran di dalam dan luar negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!