'PKR akan ambil tindakan ke atas Rafizi jika ada aduan' - Fuziah

Fuziah (kiri) bercakap kepada pemberita selepas melancarkan BRR Peringkat Kebangsaan 2026 di Bazar Ramadan Rahmah, Perling pada Jumaat.
Fuziah (kiri) bercakap kepada pemberita selepas melancarkan BRR Peringkat Kebangsaan 2026 di Bazar Ramadan Rahmah, Perling pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap Datuk Seri Rafizi Ramli hanya akan diambil sekiranya terdapat aduan rasmi dikemukakan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, aduan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu perlu disalurkan kepada Lembaga Disiplin PKR.

“Sekiranya ada aduan, ia perlu disalurkan kepada Lembaga Disiplin. Lembaga Disiplin yang akan menilai dan mengambil tindakan,” katanya.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata demikian selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Kebangsaan 2026 di Bazar Ramadan Rahmah, Perling di sini pada Jumaat.

Ahad lalu, beberapa bekas menteri dan ahli Parlimen PKR termasuk Rafizi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan Rodziah Ismail menyertai Himpunan Tangkap Azam Baki di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berucap pada perhimpunan aman itu, dengan lantang mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dipecat berhubung isu pemilikan saham.

Tindakan PKR yang berdiam diri mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin dari Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar dalam satu kenyataan pada Isnin lalu berkata, Lembaga Disiplin PKR perlu mencontohi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berani memecat timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kerana melanggar etika parti.

“Kalau Muhyiddin berani memecat Hamzah dan yang lain kerana kesalahan melanggar etika parti, saya ingin bertanya sama ada PKR tidak berani bertindak seperti Bersatu yang selamba sahaja memecat ahli-ahlinya yang melanggar etika dan disiplin parti.

Artikel Berkaitan:

“Saya ingin melihat keberanian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR bertindak ke atas Rafizi,” katanya.

Ringkasan AI

  • PKR akan mengambil tindakan terhadap Rafizi Ramli hanya jika ada aduan rasmi
  • Tindakan hanya akan diambil apabila aduan dibuat ke Lembaga Disiplin PKR
  • Lembaga Disiplin PKR bertanggungjawab menilai dan mengambil tindakan terhadap aduan
  • Fuziah Salleh mengumumkan hal ini di Bazar Ramadan RAHMAH
  • Rafizi Ramli dikritik kerana berucap di Himpunan Tangkap Azam Baki, mendesak pemecatan Ketua SPRM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!