PSU Group of Companies taja 100 asnaf tunai umrah

A
A
A

DALAM meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), PSU Group of Companies (PSU) menganjurkan program Umrah Nur Al-Syifa yang menerbangkan seramai 100 jemaah menunaikan umrah baru-baru ini.

Pengarah Urusan PSU, Mohammad Arrief Mu'min berkata, program CSR tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihaknya dalam menyantuni kebajikan rohani masyarakat.

"Usaha ini juga selaras dengan nilai teras syarikat yang menekankan keseimbangan antara kejayaan perniagaan dan tanggungjawab sosial.

"Pihak syarikat secara konsisten memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan tahunan bagi melaksanakan program kebajikan serta pembangunan ummah," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Nur Al-Syifa di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.

Seramai 100 individu dari seluruh negara dalam kalangan asnaf kategori mualaf, fakir dan miskin serta fisabillah turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Menurut Mohammad Arrief, dalam kehidupan dan perniagaan, beliau berpegang kepada prinsip semakin banyak memberi, maka semakin besar ganjaran serta rezeki yang dilimpahkan ALLAH SWT.

“Kami percaya kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya diukur melalui pencapaian kewangan, sebaliknya turut dinilai berdasarkan sumbangan yang memberi manfaat kepada masyarakat serta usaha mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

“Program Umrah Nur Al-Syifa ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk berkongsi rezeki dan memberi peluang kepada individu terpilih menjadi tetamu ALLAH,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Katanya, syarikat berkenaan turut menaja ramai individu secara perseorangan bagi menunaikan ibadah umrah sebelum ini dan program Umrah Nur Al-Syifa merupakan tajaan serentak pertama yang melibatkan penghantaran seramai 100 jemaah ke Tanah Suci.

Jelasnya lagi, pihaknya akan meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang dalam usaha memainkan peranan aktif menyokong pembangunan ummah serta melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan kepada masyarakat.

Ringkasan AI

  • PSU Group of Companies (PSU) menganjurkan program Umrah Nur Al-Syifa yang menerbangkan 100 jemaah menunaikan umrah Program ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat PSU yang mencerminkan komitmen mereka dalam menyantuni kebajikan rohani masyarakat Program Umrah Nur Al-Syifa selaras dengan nilai teras syarikat yang menekankan keseimbangan antara kejayaan perniagaan dan tanggungjawab sosial Majlis perasmian program tersebut disempurnakan oleh Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj PSU berkomitmen meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang sebagai usaha memainkan peranan aktif dalam pembangunan ummah dan melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!