Lelaki bunuh isteri hamil guna lesung batu disambung reman

KOTA TINGGI - Tempoh reman ke atas seorang lelaki etnik Rohingya yang disyaki membunuh isterinya dengan menggunakan lesung batu pada minggu lalu disambung lagi enam hari hingga Rabu depan.
Sebelum itu, suspek berusia 35 tahun itu sudah direman selama enam hari sejak Sabtu lalu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek ditahan polis di sekitar rumah sewanya di Kampung Ma-kam di sini Jumaat lalu selepas disyaki membunuh isterinya yang sedang hamil tujuh bulan dalam kejadian jam 3 pagi hari yang sama.
Polis tidak menolak kemungkinan cemburu menjadi punca kepada pembunuhan itu.
Pada Rabu, jenazah mangsa yang berusia 34 tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkubu-ran Islam Makam Dagang, Kampung Makam di sini, bersama anak yang masih dalam kandungannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

