X

Kindly register in order to view this article
!

Pembangkang sambut baik gaji ADUN Selangor dipotong 30 peratus

Rizam Ismail
Rizam Ismail
A
A

SHAH ALAM - Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyambut baik cadangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memotong gaji Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) sebanyak 30 peratus untuk disalurkan kepada Tabung Khas Bantuan Covid-19 Selangor.

Ketua Pembangkang, Rizam Ismail berkata, perkara itu dialu-alukan bagi membantu penduduk yang terkesan dalam menghadapi pandamik berkenaan.

Malah, katanya, pembangkang turut berharap menteri besar memberi keutamaan bantuan secara keseluruhan termasuk di kawasan pembangkang seperti yang diumumkan menerusi Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 hari ini.

"Saya mohon setiap bantuan yang bakal disalurkan terutamanya bantuan untuk petani dan nelayan yang kebanyakannya di kawasan pembangkang bakal menikmati bantuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji MB, Exco, ADUN Selangor dipotong isi tabung Covid-19

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar berkata, peruntukan berjumlah RM272. 5 juta juga diharap mampu memberi rangsangan dalam usaha menangani impak wabak Covid-19 di negara ini terutamanya di Selangor.

"Semoga kita semua sentiasa mengikuti arahan perintah kawalan pergerakan dengan penuh tanggungjawab dan banyak bersabar," katanya.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan sebanyak RM8.07 juta daripada gaji menteri besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), ADUN serta pegawai atasan anak syarikat kerajaan Selangor akan dipotong dan disalurkan kepada Tabung Khas Bantuan Covid-19 Selangor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf