Wanita warga emas strok, dua kanak-kanak diselamatkan dalam banjir

PONTIAN – Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun yang mengalami strok bersama dua kanak-kanak diselamatkan selepas mereka terperangkap dalam banjir di Kampung Bugis, Batu 6 Penerok di sini pada Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Hasnan Abd Rahman berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 11.43 pagi.
Jelas beliau, sembilan anggota dari BBP Pontian Baru dikejarkan ke lokasi sejauh 16 kilometer.
“Setibanya di lokasi pada jam 12.05 tengah hari, pasukan mendapati benar terdapat sebuah keluarga yang terperangkap akibat banjir.
"Seorang warga emas yang mengalami strok bersama dua kanak-kanak telah diselamatkan menggunakan pengusung sebelum dihantar ke Surau Batu 6 Penerok,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun yang mengalami strok bersama dua kanak-kanak diselamatkan selepas terperangkap dalam banjir di Kampung Bugis, Batu 6 Penerok
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 11.43 pagi
- Sembilan anggota dari BBP Pontian Baru dikejarkan ke lokasi sejauh 16 kilometer
- Operasi penyelamatan berjaya dengan mangsa diselamatkan menggunakan pengusung sebelum dihantar ke Surau Batu 6 Penerok
- Operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah hari tanpa laporan kecederaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

