SPRM teliti dokumen dakwaan seleweng pelaburan RM1.11 bilion libat bekas menteri

Ahmad Khusairi menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas media yang hadir Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kewartawanan: Memahami Peranan SPRM Dalam Pencegahan dan Usaha Memerangi Rasuah di sini pada Jumaat.
Ahmad Khusairi menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas media yang hadir Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kewartawanan: Memahami Peranan SPRM Dalam Pencegahan dan Usaha Memerangi Rasuah di sini pada Jumaat.
A
A
A

GENTING HIGHLANDS - Dokumen yang dikemukakan oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri di sebuah kementerian perlu diteliti dahulu sebelum kertas siasatan dibuka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya baru sahaja menerima aduan berkenaan dan memerlukan masa untuk membuat semakan terlebih dahulu.

"Keutamaan ketika ini adalah untuk menyemak dokumen berkenaan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Secara asasnya, sebaik sahaja aduan diterima, kita akan meneliti sama ada terdapat unsur rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kita juga akan melihat aspek tadbir urus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kewartawanan: Memahami Peranan SPRM Dalam Pencegahan dan Usaha Memerangi Rasuah di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, beri ruang kepada SPRM untuk meneliti dokumen yang telah dikemukakan sebelum SPRM mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Kita akan menyiasat mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan,” katanya.

Laporan itu telah diterima daripada gabungan beberapa NGO kira-kira jam 2.00 petang, Khamis di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Berdasarkan laporan tersebut, dikatakan terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan.

SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Dokumen berkaitan dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri diserahkan oleh tiga NGO kepada SPRM
  • Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan dokumen tersebut perlu disemak sebelum memulakan siasatan
  • SPRM akan menilai aduan untuk menentukan kemungkinan unsur rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan
  • Diberi ruang kepada SPRM untuk meneliti dokumen yang dikemukakan sebelum mengambil tindakan
  • Laporan diterima SPRM daripada gabungan beberapa NGO di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!