'Saya ni macam pengganas...'

Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh ketika bercakap kepada pemberita hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh ketika bercakap kepada pemberita hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian 'wang minyak' kepada warga Parlimen itu, baru- baru ini.

Menurut Sivarraajh, tujuan laporan tersebut adalah untuk mencari keadilan kepadanya apabila pemberian wang tersebut mempunyai kesamaan dengan kesnya yang diputuskan oleh Mahkamah Pilihan Raya tahun lalu sehingga beliau dilucutkan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands.

"Ini adalah keadilan untuk saya. Saya ini seperti pengganas, lima tahun tidak boleh bertanding malah mengundi," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Cameron Highlands: PH nafi beli undi]

[ARTIKEL BERKAITAN: Beli undi: Mana satu betul ni, bidas Najib]

Beliau berkata, sekeping foto pemberian wang oleh wakil atau ejen calon DAP yang tular di media sosial boleh menjadi bahan bukti kepada SPRM.

"Gambar pemberian wang sudah menjadi tular dan diakui sendiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang,”katanya.

Selain Sivarraajh, turut hadir memberi sokongan, Umno Subang.

Artikel Berkaitan:

PRK Cameron Highlands dicetuskan dengan sekeping gambar wanita memakai baju tertera logo PH mengagihkan wang kepada beberapa individu lain.

Kit Siang mengakui bahawa individu berkenaan adalah sukarelawan dan wang yang diagihkan itu adalah sebagai kos bahan api kepada mereka.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRU 14 adalah terbatal dan tidak sah akibat rasuah.