Pereka fesyen buat projek amal dari rumah

Radzuan menunjukkan antara item PPE yang perlu dijahit untuk kegunaan petugas 'frontliner' di hospital.
Radzuan menunjukkan antara item PPE yang perlu dijahit untuk kegunaan petugas 'frontliner' di hospital.
A
A
A

SHAH ALAM - Di saat ramai melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pereka fesyen terkemuka, Datuk Radzuan Radziwill pula memilih untuk membuat projek amal dengan memanfaatkan kemahirannya membantu petugas barisan hadapan.

Radzuan menerusi Instagramnya memberitahu, beliau terpanggil untuk menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE) selepas mengetahui bekalan itu amat kritikal sedangkan para petugas kesihatan amat memerlukannya di hospital pada ketika ini.

"Daripada saya duduk sahaja di rumah, lebih baik saya gunakan kemahiran menjahit saya untuk membantu menghasilkan PPE bagi kegunaan mereka.

"PPE yang dihasilkan terdiri daripada tujuh item antaranya jubah, pelindung kepala, tudung serta sarung kaki khas," katanya.

Radzuan mengajak lebih ramai pereka dan mereka yang memiliki kemahiran menjahit untuk bersama beliau membuat projek amal menjahit PPE dari rumah untuk petugas barisan hadapan.
Radzuan mengajak lebih ramai pereka dan mereka yang memiliki kemahiran menjahit untuk bersama beliau membuat projek amal menjahit PPE dari rumah untuk petugas barisan hadapan.

Selain itu, Radzuan turut menyeru rakan-rakan pereka fesyen lain termasuk suri rumah atau sesiapa yang mempunyai kemahiran menjahit dan memiliki mesin jahit di rumah untuk sama-sama membantu beliau menghasilkan pakaian pakai buang tersebut.

Bagaimanapun katanya, projek itu hanya untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang bagi memudahkan proses penghantaran bekalan material.

Menurutnya, beliau akan menghantar bekalan material non-woven serta getah bersama sampel pakaian tersebut ke rumah untuk mereka yang berminat membantunya menghasilkan PPE tersebut.

Artikel Berkaitan:

Radzuan berkata beliau akan menghantar fabrik serta getah secara percuma kepada mereka yang berminat untuk melakukan projek amal tersebut.
Radzuan berkata beliau akan menghantar fabrik serta getah secara percuma kepada mereka yang berminat untuk melakukan projek amal tersebut.

"Saya akan gunakan khidmat penghantaran dan setelah pakaian ini siap dijahit, ia akan diambil oleh syarikat penghantaran yang sama untuk diserahkan semula kepada saya.

"Saya akan periksa semula dari segi kawalan kualiti sebelum diserahkan kepada pihak hospital," katanya.

Radzuan berkata, beliau berharap lebih ramai sahabat-sahabat pereka yang lain serta yang memiliki kemahiran menjahit dapat bekerjasama melakukan projek amal itu dari rumah.

"Jom sama-sama kita bantu kerajaan...Kerajaan dah tolong kita, kita tolong depa balik.

"Sama-samalah kita beramal di rumah membantu barisan hadapan for Covid-19,....kita tak buat untuk dapat bayaran sebaliknya untuk beramal," katanya.

Radzuan menyediakan sampel serta ukuran bagi setiap item PPE yang akan dijahit.
Radzuan menyediakan sampel serta ukuran bagi setiap item PPE yang akan dijahit.