21 Orang Asli disyaki ceroboh tanah Sultan Pahang direman

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

PEKAN – Seramai 21 Orang Asli direman kerana disyaki menceroboh serta melakukan kerosakan di ladang milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, perintah reman terhadap kesemua individu berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Melody Wong Sze Woon selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Menurutnya, mahkamah membenarkan perintah reman selama satu hari terhadap 17 wanita Orang Asli dan kesemua mereka akan dibebaskan hari ini selepas proses dokumentasi selesai.

“Empat lelaki lain daripada komuniti itu pula dibenarkan direman selama dua hari sehingga Rabu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan, kesemua suspek dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pencerobohan tersebut.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penahanan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada wakil syarikat yang dilantik untuk mengusahakan kawasan berkenaan, dengan siasatan awal mendapati kawasan ladang kelapa sawit itu diceroboh tanpa kebenaran.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 21 Orang Asli direman kerana disyaki menceroboh ladang milik Sultan Pahang
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Melody Wong Sze Woon di Mahkamah Majistret Pekan
  • 17 wanita Orang Asli direman selama satu hari
  • Empat lelaki Orang Asli direman selama dua hari
  • Kesemua suspek dibawa ke mahkamah untuk membantu siasatan pencerobohan ladang kelapa sawit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!