Kanak-kanak rentung dipercayai masuk semula ke rumah terbakar

Avy (gambar kecil) rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Patau, Tambunan, Keningau.
Avy (gambar kecil) rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Patau, Tambunan, Keningau.
A
A
A

KENINGAU - Kanak-kanak perempuan yang ditemui rentung pada awal pagi Selasa, dipercayai masuk semula ke rumahnya sebelum terperangkap dalam kebakaran tersebut di Kampung Patau, Tambunan.

Avy Amber berusia enam tahun yang juga murid tadika di Sekolah Kebangsaan (SK) Patau gagal diselamatkan selepas keadaan api mulai marak dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati kebakaran berlaku melibatkan dua rumah.

"Menurut pemilik rumah, dia tertidur di ruang tamu bersama isteri dan dua anaknya tidur di dalam bilik. Manakala dua lagi anaknya bersama mangsa iaitu cucunya tidur di bilik atas.

"Semasa kejadian, ibu saudara kanak-kanak tersebut sudah membawa mangsa keluar dengan mendukungnya namun mereka tidak menyedari bahawa mangsa telah memasuki rumah itu semula. Mangsa mungkin masih dalam keadaan 'mamai' (tidak sedar sepenuhnya) dan menyebabkan dia masuk semula ke rumah tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

No Image Caption

Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba namun hasil tinjauan mendapati kebakaran bermula dari bahagian tingkat atas rumah.

"Api marak dengan cepat kerana rumah dibuat jenis separuh kayu dan separuh batu, dan seterusnya merebak ke sebuah rumah lain sebelum berjaya dikawal oleh pihak bomba.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kebakaran turut memusnahkan tiga kenderaan yang berada di kawasan rumah tersebut," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak rentung manakala seorang lagi cedera ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan dua rumah di kampung tersebut.

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung dalam kebakaran di Kampung Patau, Tambunan
  • Dipercayai masuk semula ke rumah sebelum terperangkap dalam kebakaran
  • Kebakaran melibatkan dua rumah dan memusnahkan tiga kenderaan
  • Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai, mengatakan punca kebakaran masih disiasat
  • Avy Amber adalah murid tadika di Sekolah Kebangsaan (SK) Patau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!