X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Tiga berita palsu tular hari ini

Kenyataan KKMM berhubung penularan berita palsu.
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditempatkan di dalam lokap secara beramai-ramai, sebaliknya beliau menjelaskan bahawa tahanan itu dilayan mengikut SOP yang ditetapkan yang menekankan jarakan sosial.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang menafikan dakwaan mengenai terdapat talian hotline JKM di daerah-daerah di negeri Pahang untuk dihubungi bagi mendapatkan bantuan Covid-19 bagi tempoh 29 Mac sehingga 14 April.

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim menafikan dakwaan bahawa seorang pekerja TF Value Mart di Kulim positif Covid -19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus