HTAR nafi mohon sumbangan bekalan makanan

Kenyataan HTAR berkenaan permohonan sumbangan bekalan makanan kepada sukarelawan taska hospital.
Kenyataan HTAR berkenaan permohonan sumbangan bekalan makanan kepada sukarelawan taska hospital.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menafikan dakwaan bahawa mereka memohon sumbangan bekalan makanan kepada sukarelawan taska hospital.

Pengarah HTAR, Datin Paduka Dr Hasni Hanapi dalam satu kenyataan di Facebook rasmi HTAR berkata, pihaknya juga tidak pernah mewujudkan sebarang dana khalayak mahupun menghampiri mana-mana pihak bagi memohon sumbangan buat sukarelawan di taska hospital itu.

"Orang ramai juga diminta untuk tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih dalam kalangan masyarakat," katanya.

Pemakluman ini dikeluarkan berikutan penularan satu kenyataan dalam laman media sosial berkenaan permohonan sumbangan bekalan makanan kepada sukarelawan taska di Hospital Klang baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: