Mr. Absorber buka cawangan ke-46, diiktiraf Malaysia Book of Records

MR. Absorber membuka cawangan ke-46 di Cheras selain menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Servis Suspensi Kereta Terbesar di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan PR Venture Sdn Bhd (Mr Absorber), Muhammad Al-Annas Abdul Yamin berkata, pengiktirafan tersebut mencerminkan pertumbuhan pesat syarikat sebagai pemain automotif tempatan dalam segmen servis suspensi.
“Aspek keselamatan jalan raya kekal sebagai keutamaan syarikat terutama menjelang musim perayaan akan datang.
“Kami telah memastikan semua cawangan berada dalam keadaan bersedia dengan stok mencukupi serta pasukan di seluruh Malaysia yang sedia membantu pelanggan dan menyokong pemanduan lebih selamat sepanjang musim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh wakil The Malaysia Book of Records sempena majlis perasmian cawangan Mr. Absorber di Cheras.
Ditubuhkan pada 2013, syarikat itu bermula sebagai perniagaan automotif tempatan sebelum berkembang menjadi rangkaian perkhidmatan khusus dalam sistem suspensi kenderaan di seluruh negara.
Operasi syarikat kini dijalankan menerusi model perkhidmatan berstruktur dan berasaskan sistem pengurusan yang sama di semua cawangan.
Mengulas pelan jangka panjang, Muhammad Al-Annas berkongsi, Mr. Absorber menyasarkan untuk mengembangkan rangkaiannya kepada 150 cawangan menjelang 2030, seiring usaha meningkatkan standard dalam industri perkhidmatan automotif.
“Pelan pengembangan itu dijangka mewujudkan sehingga 1,200 peluang pekerjaan di seluruh negara.
“Selain itu, syarikat turut merancang melaksanakan beberapa kempen di peringkat nasional termasuk inisiatif Ramadan bagi mendekati pengguna dan mempromosikan kesedaran keselamatan kenderaan,” katanya.
Ringkasan AI
- Mr. Absorber membuka cawangan ke-46 di Cheras dan menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Servis Suspensi Kereta Terbesar di Malaysia
- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Muhammad Al-Annas Abdul Yamin, menekankan pentingnya keselamatan jalan raya terutama menjelang musim perayaan
- Pengiktirafan disampaikan pada majlis perasmian cawangan baru di Cheras
- Syarikat bermula pada 2013 dan kini menjalankan operasi melalui model berstruktur yang seragam di semua cawangan
- Mr. Absorber merancang untuk melebarkan rangkaian kepada 150 cawangan menjelang 2030, yang akan mencipta sehingga 1,200 peluang pekerjaan dan melaksanakan kempen kesedaran keselamatan kenderaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
