SPRM nafi dakwaan ‘saman palsu’ di TikTok

Dakwaan individu berkenaan mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
Dakwaan individu berkenaan mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius hantaran di platform TikTok yang mengandungi tohmahan serta dakwaan berunsur fitnah oleh individu yang disiasat berkaitan kes counter setting.

SPRM dalam kenyataan berkata, hantaran terbabit antara lain menuduh bahawa satu 'saman palsu' diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai satu scam.

Menurutnya, dakwaan ini sama sekali tidak benar, mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

"SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah terbabit diturunkan serta-merta.

"Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi suruhanjaya," katanya pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM memperoleh izin Pejabat Peguam Negara mendakwa individu tersebut.

"Pertuduhan dijadualkan pada 5 Februari depan berhubung dakwaan kes rasuah berkaitan 'counter setting' imigresen," ujarnya.

Tegasnya, SPRM menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara profesional dan berlandaskan undang-undang, serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • SPRM mengambil serius hantaran TikTok berunsur fitnah berkaitan kes counter setting
  • Hantaran tersebut menuduh SPRM mengeluarkan 'saman palsu' dan melabelkannya sebagai scam
  • Dakwaan dalam hantaran tersebut mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM
  • SPRM menuntut permohonan maaf terbuka dan penurunan hantaran fitnah
  • SPRM mendapat izin mendakwa individu terbabit berkaitan dakwaan rasuah counter setting imigresen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!