SPRM siasat dakwaan salah guna kuasa beli tanah guna dana zakat

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.
Menurut sumber, kertas siasatan tersebut dibuka susulan pendedahan yang dilakukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hujung tahun lalu.
“Pasukan siasatan telah hadir ke beberapa buah pejabat yang disyaki terlibat dalam kes ini bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dan kini semuanya dalam kajian.
“Selain itu, SPRM juga telah merakam percakapan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya pada Jumaat.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y Subbiah ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Ringkasan AI
- SPRM Pulau Pinang siasat salah guna kuasa pegawai kanan negeri dalam pembelian tanah menggunakan dana zakat
- Siasatan dibuka susulan pendedahan ADUN di persidangan negeri
- Pasukan siasatan kumpul dokumen berkaitan di beberapa pejabat
- SPRM rakam percakapan dua individu terlibat
- Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
