Pelakon lelaki positif dadah dibebaskan

SHAH ALAM - Pelakon lelaki yang ditahan sebelum ini dipercayai positif dadah dibebaskan pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut berkaitan siasatan yang dijalankan setakat ini.

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia lingkungan 40-an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan pada Rabu.
Difahamkan, suspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 berikutan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif dadah.
Ringkasan AI
- Pelakon lelaki yang positif dadah dibebaskan pada Khamis
- Ketua Polis Selangor mengesahkan pembebasan tersebut
- Belum ada keterangan lanjut mengenai siasatan
- Suspek berusia lingkungan 40-an direman tiga hari sebelumnya
- Direman di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana posifif dadah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

