Keringat abang bomba

No Image Caption
A
A
A

KOTA TINGGI - Keringat jelas terpancar di wajah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai dan Sungai Rengit yang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan di lokasi kejadian yang kini memasuki hari ketujuh, meskipun berdepan cuaca panas dan keadaan muka bumi yang mencabar.

Seawal pagi hingga lewat petang, anggota terlibat bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, meredah semak tebal serta tanah gambut yang jerlus bagi memastikan api dapat dikawal sepenuhnya dan tidak merebak ke kawasan lain.

Operasi pemadaman yang berlarutan itu memerlukan tahap ketahanan fizikal dan mental yang tinggi, dengan anggota bomba terpaksa menjalankan tugas secara bergilir-gilir.

Walaupun keletihan, semangat pasukan penyelamat berkenaan kekal utuh demi memastikan keselamatan penduduk setempat serta meminimumkan kerosakan alam sekitar akibat kebakaran berpanjangan.

Usaha berterusan anggota BBP itu mencerminkan dedikasi dan pengorbanan pasukan bomba yang sentiasa berada di barisan hadapan tanpa mengira masa dan keadaan dalam melaksanakan amanah melindungi nyawa serta harta benda. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!