Kebakaran hutan 1.6 hektar di Gombak

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran hutan di Gombak pada Sabtu. - Foto: JBPM Selangor
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran hutan di Gombak pada Sabtu. - Foto: JBPM Selangor
A
A
A

GOMBAK – Pasukan bomba mengambil masa hampir enam jam untuk memadamkan kebakaran hutan seluas kira-kira 1.62 hektar di Jalan Utama Bukit Sri Gombak, di sini awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 1.57 pagi.

"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gombak bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Keadaan kebakaran hutan di Gombak pada Sabtu. -Foto: JBPM Selangor
Keadaan kebakaran hutan di Gombak pada Sabtu. -Foto: JBPM Selangor

Ahmad Mukhlis berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 2.16 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan.

"Pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran air dari pam jentera dan dua pancutan nozzle.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3 pagi dan telah dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.12 pagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasukan bomba menghabiskan hampir enam jam untuk memadamkan kebakaran hutan di Jalan Utama Bukit Sri Gombak
  • Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar menyatakan panggilan kecemasan diterima pada 1.57 pagi
  • Sepuluh anggota dan pegawai dari BBP Selayang dan PBS Gombak dihantar ke lokasi berjarak 10 kilometer
  • Pasukan bomba tiba di lokasi pada 2.16 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan
  • Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.12 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!