Media jelajah ST Rosyam Mart, Muhammad Suhaimi dinobat Raja Konten menang RM10,000

Rosyam Nor membawa rakan media melawat sekitar pasar raya di ST Rosyam Mart Jakel Square, Kuala Lumpur.
Rosyam Nor membawa rakan media melawat sekitar pasar raya di ST Rosyam Mart Jakel Square, Kuala Lumpur.
A
A
A

PETUGAS media diberi kesempatan menjelajah pasar raya borong halal 24 jam, ST Rosyam Mart cawangan Jakel Square di sini pada Selasa untuk melihat lebih dekat konsep pasar raya, rangkaian produk yang luas dan komitmen terhadap penawaran harga mampu milik buat pengunjung.

Berkeluasan 50,000 kaki persegi, pasar raya milik Kumpulan Sri Ternak itu mempunyai keunikan tersendiri dengan menampilkan seleksi zon Malaysia, Celebrity Corner, kaunter layan diri serta 21 Perkhidmatan Percuma.

Media juga dapat meneroka beberapa bahagian lain seperti hasil segar, produk sejuk beku dan daging, barangan keperluan rumah yang mesra pelanggan sekali gus mengukuhkan matlamat 'Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat'.

Rakan-rakan media yang hadir pada lawatan sulung pasar raya ST Rosyam Mart Jakel Square, Kuala Lumpur.
Rakan-rakan media yang hadir pada lawatan sulung pasar raya ST Rosyam Mart Jakel Square, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann, pihaknya berbesar hati menerima kehadiran media dan menikmati destinasi membeli-belah sehenti yang menggabungkan kemudahan, harga berpatutan serta penghargaan terhadap produk tempatan.

"Matlamat kami jelas iaitu membantu individu dan perniagaan menjimatkan wang, menjimatkan masa dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

"Kami berharap lawatan hari ini membolehkan pihak media berkongsi mengenai ST Rosyam Mart ke seluruh negara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Diakhir lawatan itu, ST Rosyam Mart meraikan pemenang pertandingan Misi Mencari Raja Konten yang mana peserta menghasilkan video berdurasi satu minit yang mengetengahkan acara majlis pembukaan, persekitaran pasar raya, Malaysia Selection, kelebihan menjadi ST Member dan pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan:

Pencipta kandungan, Muhammad Suhaimi Mohamad Kabid, 32, menjuarai pertandingan dan membawa pulang hadiah utama berjumlah RM10,000.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Sri Ternak, Alan Ho (kiri) bersama Raymond (dua dari kiri) dan Rosyam Npor (kanan) meraikan Muhamad Suhaimi yang memenangi wang tunai berjumlah RM10,000 dalam pertandingan Misi Mencari Raja Konten.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Sri Ternak, Alan Ho (kiri) bersama Raymond (dua dari kiri) dan Rosyam Npor (kanan) meraikan Muhamad Suhaimi yang memenangi wang tunai berjumlah RM10,000 dalam pertandingan Misi Mencari Raja Konten.

Dia yang berasal dari Kuala Lumpur mengakui, penghasilan videonya agak mencabar berikutan keadaan lokasi yang sesak dan proses penyuntingan yang dilakukan hingga lewat malam selain mendedikasikan kemenangan tersebut kepada isterinya.

Lima pemenang lain masing-masing menerima RM2,000 setiap seorang bagi kategori Paling Banyak ‘Likes’, Paling Banyak ‘Engagement’ [Komen + Share], Paling Kelakar/Menghiburkan, ‘Editing’ Paling Kreatif dan Konten ‘Education’ Terbaik.

Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor turut merakam penghargaan sokongan semua pihak terhadap pembukaan dan perkongsian pengalaman di ST Rosyam Mart Jakel Square.

"Kami amat gembira melihat rakyat Malaysia menonjolkan kreativiti mereka menerusi pertandingan Misi Mencari Raja Konten.

"Para pemenang benar-benar mengagumkan dengan kandungan kreatif dan inovatif serta kami berbangga dapat meraikan bakat tempatan sambil berinteraksi dengan pelanggan secara interaktif menyeronokkan," katanya lagi.

Ringkasan AI

  • Petugas media menjelajah ST Rosyam Mart cawangan Jakel Square untuk melihat konsep pasar raya halal 24 jam
  • Pasar raya seluas 50,000 kaki persegi itu menampilkan seleksi zon Malaysia, Celebrity Corner, dan 21 Perkhidmatan Percuma
  • Matlamat ST Rosyam Mart adalah membantu menjimatkan wang dan masa serta meningkatkan kualiti hidup
  • Muhammad Suhaimi Mohamad Kabid menang pertandingan Misi Mencari Raja Konten dengan hadiah utama RM10,000
  • Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor mengapresiasi kreativiti pemenang dan menyatakan bangga terhadap bakat tempatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!