'Si mati' pulang ke rumah, kubur terpaksa digali semula

Kesilapan mengebumikan mayat itu hanya disedari selepas kira-kira dua minggu. Foto Agensi
Kesilapan mengebumikan mayat itu hanya disedari selepas kira-kira dua minggu. Foto Agensi
A
A
A

CHIANG RAI - Sebuah keluarga terpaksa meminta bantuan unit penyelamat untuk menggali semula kubur setelah mereka tersalah mengebumikan jasad seorang lelaki.

Kesilapan itu hanya disedari pada akhir minggu lalu setelah 'si mati' kembali bertemu keluarganya.

Pada mulanya, ahli keluarga lelaki berusia 48 tahun di wilayah Chiang Mai, utara Thailand itu menyangka dia telah meninggal dunia.

Jasad 'lelaki' itu kemudiannya dibawa pulang untuk upacara keagamaan dan urusan pengebumian pada 9 Januari lalu.

Laporan media tempatan bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana keluarga itu tersilap membawa pulang mayat tersebut.

Setelah proses penggalian semula kubur selesai, jasad tersebut telah dikembalikan semula kepada keluarga sebenar.

Susulan insiden itu, Khaosod Online melaporkan siasatan lanjut telah dijalankan bagi mengelakkan kesilapan sama berulang. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Keluarga terpaksa minta bantuan unit penyelamat untuk menggali semula kubur kerana tersalah mengebumikan jasad lelaki
  • Kesilapan disedari apabila 'si mati' kembali bertemu keluarganya
  • Keluarga lelaki berusia 48 tahun dari Chiang Mai menyangka dia telah meninggal
  • Jasad 'lelaki' itu dibawa pulang untuk upacara keagamaan dan pengebumian pada 9 Januari
  • Setelah penggalian semula, jasad dikembalikan kepada keluarga sebenar, siasatan lanjut dijalankan untuk elak kesilapan berulang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!