[VIDEO] 14 bahagian Bersatu Johor desak Dr Sahruddin berundur

A
A
A

JOHOR BAHRU – Seramai 14 daripada 26 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor mendesak Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Dr Sahruddin Jamal berundur demi masa depan parti.

Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Datuk Isa Ab Hamid yang bertindak sebagai jurucakap kepada bahagian terlibat, mendakwa hilang sokongan dan kepercayaan terhadap Dr Sahruddin.

Tambah Isa, perkara tersebut telah disuarakan kepada Muhyiddin sebelum ini, namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga memaksa ketua-ketua bahagian membuat sidang akhbar secara terbuka.

"Sidang akhbar ini bukan untuk mencari salah atau bercerita keburukan mana-mana pihak, cuma ini gesaan daripada kami ketua-ketua bahagian Bersatu Johor agar kepimpinan negeri ditukarkan.

"Kami sekali lagi menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyemak semula pelantikan Pengerusi Bersatu Johor yang didakwa telah kehilangan sokongan dan kepercayaan Ketua-Ketua Bahagian.

"Selain, gagal menyatupadukan kepimpinan dan menangani isu akar umbi. Kemelut ini telah banyak menjejaskan imej Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) di mata pimpinan bahagian, ahli dan penyokong," katanya pada sidang akhbar di Kempas pada Selasa.

Isa (duduk, tiga dari kiri) pada sidang akhbar Ketua Bahagian Bersatu Johor di Kempas pada Selasa.
Isa (duduk, tiga dari kiri) pada sidang akhbar Ketua Bahagian Bersatu Johor di Kempas pada Selasa.

Antara yang hadir Ketua Bahagian Bersatu dari Johor Bahru; Pontian, Tanjung Piai, Pulai, Pengerang, Parit Sulong, Ledang dan Labis.

Artikel Berkaitan:

Pada 30 Disember lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong berkata tindakannya itu menyusul selepas peletakan jawatan Muhyiddin di peringkat pusat.

Sementara itu, bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengingatkan kepimpinan tertinggi Bersatu agar tidak mengabaikan suara ketua-ketua bahagian.

"Kepimpinan parti jangan abaikan pandangan dan suara akar umbi, sebaliknya kita perlu berjiwa besar kerana sayangkan parti ini.

"Demi masa depan parti lebih-lebih lagi dalam tempoh kita akan berdepan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum," katanya.

Menurutnya lagi, isu berkenaan perlu diselesaikan segera memandangkan Johor akan berdepan kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat.

Ringkasan AI

  • Seramai 14 daripada 26 Ketua Bahagian Bersatu Johor mendesak Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Dr Sahruddin Jamal berundur Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Datuk Isa Ab Hamid mendakwa hilang sokongan dan kepercayaan terhadap Dr Sahruddin Isu kehilangan sokongan telah disuarakan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini Sidang akhbar diadakan untuk mendesak perubahan kepimpinan Bersatu Johor Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Johor pada 30 Disember lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!