Kereta, motosikal musnah parkir kondo terbakar

Sebanyak lima buah kereta dan empat buah motosikal musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan parkir Tunas Residensi Kondominium
Sebanyak lima buah kereta dan empat buah motosikal musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan parkir Tunas Residensi Kondominium
A
A
A

BAYAN LEPAS – Sebanyak lima buah kereta dan empat buah motosikal musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan parkir Tunas Residensi Kondominium, di sini, awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 5.05 pagi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati kebakaran melibatkan lima buah kereta serta empat buah motosikal dengan anggaran kemusnahan keseluruhan sekitar 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 5.05 pagi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai.
Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 5.05 pagi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai.

Tambah beliau, kenderaan yang terlibat terdiri daripada sebuah Perodua Bezza dengan kemusnahan 60 peratus, Honda CRV (70 peratus), Perodua Myvi, Toyota Cross dan Honda Civic yang masing-masing mengalami kemusnahan kira-kira 80 peratus.

"Selain itu, empat buah motosikal turut terlibat iaitu Honda Beat, SYM Evo serta dua motosikal lain yang tidak dapat dikenal pasti dengan tahap kemusnahan antara 80 hingga 90 peratus," ujarnya lagi.

Tambah John, operasi pemadaman dijalankan mengikut prosedur operasi standard dengan konsep ‘size up’ dan RECEO menggunakan kelengkapan perlindungan diri lengkap.

Artikel Berkaitan:

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.27 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.08 pagi sebelum kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan sehingga operasi tamat pada jam 6.57 pagi.

"Seramai 11 anggota termasuk penyelia terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan dua jentera iaitu sebuah FRT dan sebuah EMRS dari BBP Bayan Baru," katanya.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat atau mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.

“Selepas operasi selesai, lokasi kejadian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran.

"Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) turut dijalankan bagi mendapatkan maklumat penghuni terlibat selain memberi khidmat nasihat serta bantuan yang diperlukan. Operasi turut dibantu polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.

 

Ringkasan AI

  • Lima buah kereta dan empat buah motosikal musnah dalam kebakaran di Tunas Residensi Kondominium, Bayan Lepas
  • Kebakaran berlaku awal pagi Selasa dan bomba tiba di lokasi enam kilometer dari balai pada jam 5.05 pagi
  • Kemusnahan kenderaan anggaran sekitar 80 peratus, termasuk Perodua Bezza, Honda CRV, Perodua Myvi, Toyota Cross, dan Honda Civic
  • Kebakaran dikawal sepenuhnya pada jam 5.27 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.08 pagi
  • Tiada mangsa kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!