KKMM nafi tiga laporan berita palsu berkaitan PKP


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan tiga laporan berita palsu yang tular di media sosial berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasukan Respons Pantas KKMM dalam satu kenyataan berkata, berita palsu itu termasuk penafian oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Sabah berhubung satu notis arahan Ketua Polis Negara IKPN) berhubung PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April depan.

Katanya, Ia jelas mengandungi mesej tidak benar dan tidak selari sepenuhnya dengan arahan semasa oleh KPN.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula menafikan dakwaan bahawa rakaman video insiden kekecohan di sebuah pasar raya berlaku di Johor.

"Walhal sebenarnya ia merupakan rakaman video tentang perebutan yang berlaku di pasar raya di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS)," kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, MKN turut menafikan dakwaan bahawa selain Foodpanda, GrabFood dan restoran yang sudah mendapat kebenaran, sesiapa yang keluar rumah walaupun dengan alasan menghantar makanan akan didenda RM1,000.

Artikel Berkaitan: