Dua lelaki dicari bantu siasatan kes samun

Polis mencari Mohamad Syrul (kiri) dan Muhammad Harith bagi membantu siasatan kes samun dalam rumah yang berlaku di Klang, 23 Mac lalu.
Polis mencari Mohamad Syrul (kiri) dan Muhammad Harith bagi membantu siasatan kes samun dalam rumah yang berlaku di Klang, 23 Mac lalu.
A
A
A

KLANG - Polis sedang mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun dalam rumah di Jalan Kampung Sungai Udang, di sini, pada 23 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, individu itu adalah Mohamad Syrul Suhaimy dengan nama panggilan Syrul berusia 32 tahun beralamat Lot 478 Jalan Hassan, Klang.

Menurutnya, seorang lagi adalah Muhammad Harith Mohd Rosly berusia 18 tahun beralamat di Lot 231 Jalan Hassan, Klang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan terus dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Siasatan kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi, seorang wanita Kemboja berusia 30 tahun yang sedang berada di rumah bersama anak perempuannya berusia dua tahun telah didatangi empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan tukul besi.

Dua suspek bertindak masuk ke dalam rumah, manakala dua lagi suspek menunggu di tepi jalan.

Suspek kemudian merampas telefon bimbit mangsa dan terus melarikan diri.

Artikel Berkaitan: