Jaminan RM250,000 bukan hukuman tetapi pulihkan kepercayaan jemaah umrah

King Sing menjelaskan, langkah itu diperkenalkan susulan peningkatan aduan melibatkan urusan umrah dan pelancongan luar negara, yang bukan sahaja menjejaskan pengguna, malah mencalar reputasi keseluruhan industri pelancongan negara.
King Sing menjelaskan, langkah itu diperkenalkan susulan peningkatan aduan melibatkan urusan umrah dan pelancongan luar negara, yang bukan sahaja menjejaskan pengguna, malah mencalar reputasi keseluruhan industri pelancongan negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keperluan jaminan kewangan sebanyak RM250,000 yang dikenakan ke atas agensi pelancongan luar negara termasuk pengendali umrah bukan bertujuan menghukum pemain industri.

Sebaliknya kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, ia langkah penting untuk memulihkan keyakinan orang ramai dan melindungi pengguna daripada penipuan serta kegagalan perkhidmatan.

Beliau berkata, langkah itu diperkenalkan susulan peningkatan aduan melibatkan urusan umrah dan pelancongan luar negara, yang bukan sahaja menjejaskan pengguna, malah mencalar reputasi keseluruhan industri pelancongan negara.

Langkah itu diperkenalkan susulan peningkatan aduan melibatkan urusan umrah dan pelancongan luar negara.
Langkah itu diperkenalkan susulan peningkatan aduan melibatkan urusan umrah dan pelancongan luar negara.

“Dalam isu perjalanan umrah, saya ingin menegaskan bahawa tindakan kementerian adalah untuk memulihkan keyakinan awam dan melindungi pengguna, bukan untuk menghukum perniagaan yang sah.

"Kementerian menetapkan keperluan jaminan RM250,000 dengan tempoh peralihan yang jelas sehingga 15 Mei ini bagi memberi ruang kepada pemain industri membuat penyesuaian.

"Kementerian turut berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk meneroka penggunaan jaminan insurans sebagai alternatif bagi menyokong industri, khususnya pengendali yang berdaya maju dan berintegriti," ujarnya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

King Sing turut menegaskan, industri pelancongan dibina atas asas kepercayaan dan satu kes buruk sudah memadai untuk merosakkan imej keseluruhan sektor berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Apabila kepercayaan kukuh, pelawat akan memilih Malaysia dengan yakin, mengesyorkan negara ini kepada orang lain dan kembali semula.

"Namun, apabila kepercayaan dikhianati, kesannya dirasai oleh seluruh industri," ujarnya.

Dalam pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan inisiatif TRUST oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang selari dengan komitmen terhadap keselamatan, kualiti perkhidmatan, integriti dan perlindungan pengguna.

"Pertumbuhan industri tidak membawa makna sekiranya standard dikompromi, sambil mengingatkan pemain industri agar tidak terjebak dengan harga tidak realistik, janji melampau dan penyampaian perkhidmatan yang lemah.

“Keuntungan mesti seiring dengan tanggungjawab. Harga berpatutan, tawaran jujur dan perkhidmatan berkualiti adalah asas kepada ekosistem pelancongan yang mampan,” katanya.

Mengulas daya saing Malaysia, beliau berkata produk pelancongan negara perlu dinaik taraf kerana maklum balas pasaran antarabangsa mendapati banyak destinasi masih menawarkan pengalaman sama sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, Malaysia memerlukan pengalaman baharu, destinasi baharu serta platform yang lebih kukuh, selain menonjolkan pelancongan budaya dan warisan makanan unik setiap negeri melalui kerjasama erat antara kementerian, kerajaan negeri dan pemain industri.

“Tahun Melawat Malaysia 2026 bukan penamat, sebaliknya satu penanda aras. Kejayaan tidak hanya diukur melalui jumlah pelawat, tetapi kualiti pengalaman, daya tahan industri dan manfaat jangka panjang kepada komuniti serta ekonomi negara,” katanya.

Ringkasan AI

  • Keperluan jaminan kewangan RM250,000 untuk agensi pelancongan termasuk pengendali umrah adalah untuk memulihkan keyakinan orang ramai
  • Langkah itu diperkenalkan susulan peningkatan aduan melibatkan urusan umrah dan pelancongan luar negara
  • Kementerian Pelancongan menetapkan tempoh peralihan sehingga 15 Mei untuk pemain industri membuat penyesuaian
  • Kementerian berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk meneroka penggunaan jaminan insurans sebagai alternatif
  • Industri pelancongan dibina atas asas kepercayaan dan satu kes buruk sudah memadai untuk merosakkan imej keseluruhan sektor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!