X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM Sabah siasat dakwaan seleweng dana bantuan makanan

335779
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan menyiasat dakwaan berlaku ketirisan bantuan makanan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Siasatan dilakukan selepas mesej serta gambar tular di media sosial mendakwa bantuan makanan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bernilai lebih rendah daripada RM100 yang diperuntukkan.

Pengarah SPRM Sabah, Karunanithy Y Subbiah berkata, pemantauan dan siasatan berhubung isu pengagihan barangan bantuan tersebut sedang dijalankan menerusi penubuhan sebuah pasukan petugas khas (task force).

"Kita dapati terdapat gambar-gambar yang tular di media sosial berkenaan barangan bantuan makanan yang kosnya kurang dari RM100 yang telah diberikan oleh kerajaan negeri di setiap DUN.

"SPRM Sabah telah menerima maklumat berkenaan isu tersebut dan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan.

"Ia bagi memantau perolehan dan pengagihan bantuan makanan berjumlah RM100 yang diperuntukkan di setiap DUN,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah beliau, SPRM Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memastikan bantuan tersebut dapat disalurkan kepada orang ramai tanpa sebarang ketirisan.

Difahamkan bantuan tersebut diberikan kerajaan negeri kepada orang ramai berikutan pandemik Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus