Rugi RM1,870 disamun tiga lelaki

Status berhubung kegiatan samun dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang dimuat naik di Facebook.
Status berhubung kegiatan samun dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang dimuat naik di Facebook.
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis mengesahkan seorang lelaki berusia 39 tahun yang menunggang motosikal disamun tiga lelaki yang menaiki dua motosikal seperti yang tular di Facebook dalam kejadian di Tali Air 6, Ban 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian jam 4 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Parit 7 menghala ke Taman Ria.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, motosikal Yamaha Y100 milik mangsa dihimpit dua motosikal dinaiki tiga lelaki berkenaan.

"Siasatan awal mendapati seorang suspek yang juga pembonceng bertindak mengambil beg mangsa dalam raga motosikal sebelum melarikan diri," katanya.

Bagaimanapun, Agus Salim memberitahu, nombor pendaftaran motosikal jenis Yamaha Lagenda dan skuter masih gagal dikenal pasti," katanya.

Agus Salim berkata, kejadian samun itu mengakibatkan mangsa kerugian RM1,870 termasuk dokumen peribadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Sebelum ini, tular di laman Facebook berhubung kegiatan beberapa kumpulan yang melakukan kegiatan samun di sekitar jalan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menerusi status dimuat naik itu memaklumkan, beberapa individu dilaporkan menjadi mangsa kumpulan terbabit yang menyasarkan barangan kemas.