Covid-19: 16,500 kakitangan Air Canada diberhentikan sementara

Air Canada. Foto: 123RF
Air Canada. Foto: 123RF
A
A
A

OTTAWA - Air Canada semalam mengumumkan akan memberhentikan sementara 16,500 pekerja akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

"Ia satu keputusan yang sukar tetapi tindakan itu terpaksa diambil memandangkan buat masa ini operasi syarikat semakin mengecil," kata Ketua Eksekutif, Calin Rovinescu menerusi satu kenyataan.

Syarikat penerbangan berpangkalan di Montreal itu menamatkan perkhidmatan kebanyakan laluan antarabangsa dan Amerika Syarikat.

Kesatuan sekerja penerbangan Air Canada berkata, sebelum ini, 5,149 kru kabin akan diberhentikan sementara kerana wabak Covid-19.

Sementara itu, syarikat penerbangan kedua terbesar di Kanada, WestJet berkata, pada Selasa lalu, kira-kira 7,000 pekerja diberhentikan.

Terdahulu, semalam, WestJet membatalkan semua laluan di rentas Atlantik dan Amerika Syarikat sehingga 4 Mei melanjutkan penggantungan 30 hari sebelum ini kepada dua minggu lagi.

Dua lagi syarikat penerbangan Kanada iaitu Air Transat dan Porter Airlines menggantung semua penerbangan. - Bernama

Artikel Berkaitan: